Terdapat banyak kelebihan membaca Al-Quran yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup, Antara kelebihannya itu adalah seperti:

1.Sebagai syafaat di hari kiamat

Syafaat bermaksud pertolongan atau pembelaan yang sangat diperlukan oleh manusia ketika di Padang Mahsyar yang mana ketika itu tidak ada yang berguna melainkkannya.

Al-Quran akan menjadi pembela kepada mereka yang di sepanjang hidupnya mengamalkannya. NABI Muhammad SAW pun menggalakkan umatnya untuk membaca al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Hal ini berdasarkan daripada hadis dari Abu Umamah RA katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

2.Mendapatkan ketenangan

Al-Quran itu menenangkan dan mententeramkan jiwa yang sedang kusut. Ia bukan sahaja menyembuhkan gelisah dan sedih tetapi juga menjadi penenang hati yang mujarab.

3.Membentuk perilaku yang mulia

Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang dan rasa bahagia dapat merubah seseorang yang berperilaku tidak baik menjadi lebih baik.

Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda:

“Sebaik baiknya manusia adalah yang membaca dan mempelajari Al-Quran serta mengajarkannya pada orang lain.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

4.Meningkatkan keimanan diri

Allah SWT ada berfirman dalam Surah Anfal, ayat 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

Iman seseorang akan meningkat ketika membaca Al-Quran kerana kita melakukan perkara kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al-Quran itu kalam Allah dan mengandungi kata-kata Allah sebagai panduan manusia.

untuk dapatkan telekung ini, boleh click link ini: https://saidatul.com/product/telekung-travel-hafsa-sedondon-ibu-dan-anak/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *