Hari Jumaat adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan. Keistimewaan hari Jumaat ada disebutkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Artinya: “Sebaik-baiknya hari yang padanya terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itulah saat diciptakannya Adam, dimasukkannya ia ke syurga, dan dikeluarkannya dari syurga.” (HR Muslim).
Terdapat beberapa amalan sunnah yang boleh dilakukan pada hari ini, antaranya ialah:

1. Memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW

Berselawat adalah amalan yang mulia. Dalam beberapa riwayat dikatakan bahwa selawat adalah penolong baik di dunia maupun di akhirat. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis:

أكثروا الصلاة علي ليلة الجمعة ويم الجمعة فمن صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا ـ رواه البيهقي بإسناد جيد

Artinya: “Perbanyaklah selawat kepadaku pada malam Jumaat dan hari Jumaat, barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali,” (HR Baihaqi).

2. Membaca surah Al-Kahfi

Salah satu surah yang dianjurkan untuk dibaca pada hari Jumaat adalah surat Al Kahfi. Orang yang membaca surat ini akan terhindar dari fitnah dajjal. Sebagaimana disebutkan dalam hadis yang berasal dari Abu Darda, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Artinya: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal (fitnah).” (HR Muslim).

3. Mandi pada hari Jumaat

Sunnah Jumaat yang selanjutnya adalah mandi. Mandi Jumaat dianjurkan bagi lelaki yang hendak mengerjakan ibadah solat Jumaat. Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

من أتى الجمعة من الرجال والنساء فليغتسل

Artinya: “Barangsiapa yang mendatangi solat Jumaat sama ada lelaki maupun wanita maka hendaklah mandi.” (HR Ibnu Hibban).

4. Bersiwak, memotong kuku, dan mencukur Misai

Sunnah hari Jumaat seterusnya adalah bersiwak, memotong kuku, dan mencukur misai. Sunnah ini dianjurkan bagi para lelaki  yang hendak melaksanakan solat Jumaat.

Dalam sebuah hadis riwayat Baihaqi dan At-Thabrani, Rasulullah SAW selalu bersiwak, memotong kuku, dan mencukur misai setiap hari Jumaat, tepatnya sebelum beliau berangkat ke masjid.

كان يقلم أظافره ويقص شاربه يوم الجمعة قبل أن يخرج إلى الصلاة

Artinya: “Adalah Rasulullah SAW memotong kuku dan mencukur misai pada hari Jumat sebelum beliau pergi solat jumaat.” (HR Baihaqi dan At-Thabrani)

5. Memperbanyakkan zikir dan doa

Pada hari Jumaat, umat Islam dianjurkan untuk mengingat Allah SWT dan memperbanyakkan berdoa. Dalam sebuah riwayat, disebutkan bahawa hari Jumaat adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Artinya: “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam (pada siang hari), di antara waktu itu ada waktu yang tidak ada seorang hamba muslim pun memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh karena itu, carilah ia di akhir waktu setelah ‘Ashar.” (HR Abu Daud).

6. Memperbanyakkan amal kebaikan seperti sedekah

Ibnul Qoyyim dalam buku Panduan Amalan Hari Jumat karya Mahmudin, berkata, “Sedekah pada hari Jumat dibanding dengan sedekah di hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan.”

Sebagai salah satu amalan sunnah Jumat, orang yang bersedekah mendapat balasan berlipat ganda dari Allah SWT. Balasan ini tercatat dalam dalam QS Al Hadid ayat 18:

اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ – ١٨

Arab latin: Innal-muṣṣaddiqīna wal-muṣṣaddiqāti wa aqraḍullāha qarḍan ḥasanay yuḍā’afu lahum wa lahum ajrung karīm

Artinya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.”

Untuk dapatkan Telekung, boleh tekan link ini: https://saidatul.com/product/telekung-cotton-az-zahra/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *