Begitu sempurnanya agama Islam, sehinggakan ketika kita ingin menaiki kenderaan juga diajarkan supaya kita berdoa. Selaku hamba, kita sentiasa memohon perlindungan dari Allah S.W.T dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, begitu juga ketika kita menaiki kenderaan.

Doa adalah salah satu senjata atau kekuatan umat Islam. Oleh itu, di dalam Islam sangat dituntut memulakan sesuatu perkara dengan doa sama seperti doa menaiki kenderaan. Doa menjadi sangat penting bagi umat Islam kerana memberi banyak kebaikan. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepadaNya sebagaimana dalam firmanNya :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ٦٠

Maksudnya : “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” (Al-Ghafir : 60)

untuk dapatkan telekung ini, boleh tekan link ini https://saidatul.com/product/telekung-premium-cotton-naura/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *