Zikir dari segi bahasanya bermaksud sebut dan ingat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan tanpa batas waktu, tempat, dan sebagainya. Waktu selepas solat adalah antara yang dianjurkan untuk kita duduk sebentar dan berzikir. Tidak mengambil masa yang lama pun takpe, sekadar lebih kurang 5 minit saja untuk kita memanjatkan syukur, menambahkan cinta pada Allah, membuang rasa kebimbangan, dan paling penting, memohon ampun kepada Allah. Jom kami Share beberapa zikir yang ringkas dan mudah dihafal untuk anda.

أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ

Astaghfirullahal ‘azim (3 Kali)

Maksudnya: Aku mohon keampunan mu Allah Yang Maha Agung

Kedua :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلاَمُ . تَبَارَكْتَ يَا ذَاالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ

Allahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika ya’udus salaam. Tabarakta ya dhal jalaali wal Ikram.

Maksudnya: Ya Allah Engkau lah As-Salaam (Yang memberi keselamatan), dari-Mu lah keselamatan, dan keberkatan dari-Mu, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga :

لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ  وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ

Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.

Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.

Keempat :

سبحان الله
Subhaanallah (33 kali)

Maksudnya: Maha Suci Allah

الحمد لله
Alhamdulillah (33 kali)

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

ألله أكبر
Allahu Akbar (33 kali)

Maksudnya: Allah Maha Besar

Jom Kita amalkan bersama2, insha’ Allah.

Untuk dapatkan telekung ini, boleh click link ini : https://saidatul.com/product/sulam-nama-di-telekung-anda-telekung-premium-asyiah-telekung-bersulam-2/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *