Setiap wanita yang sudah berumah-tangga akan mempunyai impian untuk mendapatkan keluarga yang bahagia. Suami yang penyayang, setia, dan sentiasa ada bersama disaat susah dan senang. Anak-anak yang comel, bijak, soleh, dan mendengar kata. Satu keluarga hidup dengan bahagia, aman, dan harmoni. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips keluarga bahagia.
1. Saling Hormat Menghormati : Untuk menjadi sebuah keluarga bahagia, setiap ahli keluarga perlu mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Walau pun anda bergelar ibu, tidak bermakna anak anda tidak layak untuk membuat keputusan, terutamanya apabila anak sudah dewasa dan memulakan kehidupan sendiri. Jika ingin dihormati, anda juga perlu menghormati orang lain.
2. Kurangkan Waktu Penggunaan Gajet ketika Bersama Ahli Keluarga : Di zaman moden ini, gajet terutamanya handphone sudah menjadi pesaing untuk anda mendapat perhatian orang yang tersayang. Berapa ramai di antara kita yang duduk bersama keluarga, namun masing-masing leka dengan handphone di tangan? Seolah-olah ada tapi tiada.
Untuk mendapatkan keluarga bahagia, penggunaan gajet semasa bersama keluarga haruslah dikurangkan. Tinggalkan group whatsapp sekolah yang sedang bergelak ketawa berjenaka, dan pilih untuk bergelak-ketawa bersama ahli keluarga.
3. Menjadi Pendengar Yang Setia : Jika ada ahli keluarga sedang menghadapi masalah, anda sebagai ibu perlu menjadi pendengar yang setia supaya anda akan sentiasa menjadi orang yang paling rapat dengan anak. Begitu juga dengan suami, pastikan anda sentiasa mendengar luahannya jika ada masalah di tempat kerja. Ingatlah, jika anda gagal menjadi pendengar setia untuk mereka yang tersayang, akan ada orang lain yang mengambil tempat anda.
4. Menjaga Solat : Sebagai manusia yang beragama islam, solat adalah tiang agama. Oleh itu, jika anda inginkan keluarga bahagia, pastikan anda sekeluarga solat dengan sempurna 5 waktu sehari semalam. Solat awal waktu sekiranya berkesempatan. Bagi suami, boleh amalkan bersolat jemaah di masjid pada waktu subuh dan maghrib. Jadikan juga solat berjemaah sebagai amalan harian anda sekeluarga.
5.Makan Bersama : Setiap hari, pastikan anda sekeluarga makan bersama sekurang-kurangnya sekali, sama ada waktu bersarapan pagi atau makan malam. Keluarga yang makan bersama biasanya lebih rapat dan bahagia berbanding keluarga yang tidak mengamalkan aktiviti makan bersama.
Untuk dapatkan Telekung Travel Sedondon Hafsa, boleh tekan Link Ini https://saidatul.com/product/telekung-travel-hafsa-sedondon-ibu-dan-anak/