...
Saidatul.com
Lambang Keperibadian Muslimah

Saidatul Mall

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah dengan izinnya satu program kolaborasi “Membeli Sambil Beramal” antara Muafakat MRSM Alor Gajah (AG) dan Saidatul.com akan diadakan bermula bulan November hingga Disember tahun 2023 ini. Anjuran jualan amal ini adalah bagi mengumpulkan dana bagi batch Invictus, pelajar-pelajar Tingkatan 5, MRSM Alor Gajah, Melaka. Pelajar-pelajar ini terdapat sebahagian yang menerima bantuan BUDI oleh pihak MARA dan ini merupakan inisiatif task force waris Muafakat MRSM AG bagi menampung perbelanjaan bagi pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar bagi aktiviti akademik dan bukan akademik melibatkan terutamanya batch Invictus yang akan menduduki peperiksaan percubaan, peperiksaan SPM nanti.  Keuntungan bagi hasil jualan ini akan terus disumbangkan kepada Muafakat MRSM AG untuk anak-anak Invictus, MRSM AG. Kami menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM50,00 bagi menampung aktiviti -aktiviti yang telah dirancang dan memberikan pengalaman terbaik untuk Invictus. Semoga mereka akan memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM dan akan berupaya memberikan manfaat ini semula masyarakat sebagai satu amalan yang berpanjangan. Insya-Allah.

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

Terima kasih kepada semua yang membeli dan sumbangan kepada usaha Fisabilillah.

Membeli Sambil Beramal

Surat kebenaran Mengadakan Promosi

AkanDimaklumkan
Tidak Lama lagi

master_noorul

We will announced soon
Keep in touch

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Mula Whatsapp
    Salam Semua..

    Apa Boleh Kami Bantu?
    Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
    Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.